KOMUNIKASI DATA


KOMUNIKASI DATA

Pengenalan

Komunikasi ~ pertukaran maklumat antara 2 individu menggunakan set simbol,
petunjuk @ kelakuan yg sama.
Komunikasi juga bermaksud berkongsi maklumat sama ada secara setempat
(local) contohnya:
- Komunikasi setempat ~ muka-ke-muka
- Komunikasi jauh ~ melalui jarak yang jauh
- Data ~ nomor, huruf atau simbol yang boleh di proses oleh komputer. Fakta


mentah sebelum diproses.
            -Dalam komputer, data diwakili oleh digit perduaan (0s dan 1s) ~ binary
 information units (bits)
-Maklumat ~ dalam bentuk data, suara, imej, aksara dan kod yang telah diproses
 dalam bentuk yang boleh digunakan dan difahami oleh penerima.
_ Kod ~ sebarang mesej yg boleh dibaca dan mempunyai maksud dan difahami
oleh pengguna akhir (sama ada mesin atau manusia).
Definisi Komunikasi Data
_ Komunikasi data ~ pertukaran data (dlm bentuk 1s dan 0s) di antara 2 peranti
(dari satu titik ke titik lain) melalui media komunikasi data seperti talian telefon.
_ Rangkaian komunikasi data ~ terdiri drpd semua komputer dan peranti yg
diperlukan utk berkomunikasi antara satu sama lain.
_ Telekomunikasi ~ pertukaran maklumat melalui jarak tertentu dgn menggunakan
perkakasan elektronik utk penghantaran, e.g. telefon, telegraf, tv.
Ciri-ciri Penting Keberkesanan Komunikasi Data
_ Penyerahan (delivery)
– Data mesti dihantar ke destinasi yg betul dan diterima oleh peranti atau
pengguna yg betul sahaja.
_ Kejituan (accuracy)
– Sistem mestilah menyerahkan data secara jitu. Data yg telah diubah atau
rosak semasa penghantaran dan tidak diperbaiki tidak dapat digunakan.
_ Menepati masa (timeliness)
– Sistem mestilah menyerahkan data mengikut masa yg telah ditetapkan.
Data yg diserahkan lewat tidak berguna.
Komponen Komunikasi Data
_ Mesej – maklumat atau data utk berkomunikasi.
_ Pengirim – peranti yg menghantar mesej.
_ Penerima – peranti yg menerima mesej.
_ Media – laluan fizikal di mana mesej bergerak dari pengirim ke penerima.
_ Protokol – set peraturan yang meliputi komunikasi data.
Protokol
_ Set peraturan yang merangkumi penyelarasan perhubungan dalam komunikasi
data.
_ Ia mewakili persetujuan antara peranti yg berkomunikasi
_ Persetujuan ini termasuklah:-
– Jenis data (kod, bahasa, format, saiz, dll.)
– Jenis media (kabel sepaksi, pasangan terpiuh, gentian optik, gelombang)
– Kelajuan penghantaran
_ Protokol ialah bagaimana data (bit) boleh ditukarkan antara 2 peranti.
Aplikasi Komunikasi Data
_ Pemasaran & jualan
_ Perkhidmatan bank
_ Perkilangan / Pengeluaran
_ Mesej elektronik
_ Perkhidmatan direktori & perkhidmatan maklumat
_ Electronic data interchange (EDI)
_ Teleconferencing
_ Cellular telephones
_ Electronic commerce (e-commerce)
Rangkaian Komputer
_ Rangkaian ~ set peranti (dikenali sbg nod) yg dihubungkan oleh pautan (link)
media utk membentuk laluan data di mana maklumat boleh dikongsi.
_ Nod ~ komputer, pencetak atau peranti yg boleh menghantara dan menerima
data yg dikeluarkan oleh nod lain dalam rangkaian.
_ Pautan (link) ~ di kenali juga sbg saluran komunikasi, merupakan hubungan
fizikal antara 2 nod.
_ Saluran (path) ~ saluran di mana data bergerak
RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT
Pengenalan
_ Rangkaian komputer ~ satu perhubungan di antara beberapa set peranti (nod)
melalui pautan (link) media untuk membentuk laluan data di mana maklumat
boleh dikongsi dan bertukar2.
_ Rangkaian Komputer boleh dikategorikan kepada:-
– Local Area Network (LAN)
– Metropolitan Area Network (MAN)
– Wide Area Network (WAN)
– Internetworks (internet)
MAN
_ Rangkaian yg merentangi kawasan geografi bersaiz sebuah bandar.
_ Ia berkemungkinan satu rangkaian seperti rangkaian kabel TV (ASTRO), atau
menghubungkan beberapa LANs menjadi rangkaian yg besar supaya semua
sumber boleh dikongsi antara LAN dan juga antara peranti.
_ Contoh: syarikat telefon tempatan (Telekom)
WAN
_ Rangkaian yg menggunakan teknologi utk merentangi kawasan geografi dgn
jarak yang luas.
_ Ia menyediakan penghantaran data, suara, imej, video utk jarak jauh melalui
kawasan geografi yg luas meliputi negara, benua, atau seluruh dunia.
_ WAN yg dipunyai dan digunakan sendiri oleh satu syarikat dikenali sebagai
enterprise network.
internet vs. Internet
_ internet ~ koleksi rangkaian yg dihubungkan oleh peranti rangkaian saling tindak
seperti routers atau gateways.
_ Internet ~ internet secara keseluruhan @ global yg menggunakan TCP/IP
protocol suite (specific worldwide network).
LAN
_ LAN ~ sistem komunikasi data yg membenarkan beberapa peranti berkomunikasi
di antara satu sama lain dalam kawasan geografi yang terhad (dalam sebuah
bangunan atau antara bangunan berdekatan).
_ Ia selalunya dimiliki, digunakan dan ditadbirkan oleh organisasi persendirian.
_ Ia digunakan dengan meluas utk menyambungkan PC dan w/s di rumah,
pejabat2, kilang2 utk berkongsi sumber2 dan bertukar2 maklumat.
_ Sumber2 yg dikongsi termasuklah perkakasan (pencetak, pc), perisian atau data.
Ciri-ciri LAN
_ LAN boleh dibezakan dengan lain-lain jenis rangkaian mengikut saiz, teknologi
transmisi dan topologi.
_ LAN terhad dari segi saiz.
_ Biasanya, LAN mempunyai kadar data di antara 4 – 100 Mbps, tetapi kini LAN
boleh beroperasi pada tahap kelajuan yang tinggi sehingga melebihi
gigabits/saat.
_ Berbagai topologi juga terdapat di dlm LAN, dan yang paling sering digunakan
adalah bus, bintang dan cincin.
Topologi
_ Topologi ~ merujuk kepada bagaimana rangkaian ditunjukkan sama ada secara
fizikal atau logikal.
_ Topologi rangkaian merupakan perwakilan geometri hubungan semua talian dan
peranti di antara satu sama lain.
_ Ia menyatakan bentuk susunan komputer atau menunjukkan bagaimana nod
rangkaian dihubungkan bersama.
_ Contoh: mesh, star, bus, ring, wireless.
_ Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
_ Topologi Bintang (Star)
_ Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
_ Topologi Pepohon (Tree)
_ Topologi Hierarki
Mod Transmisi
_ Arah isyarat mengalir di antara 2 peranti yg berhubung.
_ 3 jeni mod transmisi:
– Simplex
– Half-duplex
– Full-duplex
Simplex
_ Komunikasi berlaku dalam satu arah. Data transmisi mengalir mengikut satu arah
sahaja pada setiap masa.
_ Hanya satu sahaja drp 2 nod yg berhubung boleh menghantar isyarat, manakala
satu nod lagi hanya boleh menerima isyarat.
_ Contoh:
– Papan kekunci piawai ~ hanya boleh menghantar data
– Standard Monitor ~ hanya boleh menerima data
– Radio, TV
Half Duplex
_ Juga dikenali sbg komunikasi 2-talian (2-wire communications).
_ Setiap nod boleh menghantar dan menerima isyarat; TETAPI bukan dalam masa
yang sama.
_ Data boleh bergerak dalam dua arah tetapi pada satu arah dalam satu masa.
_ Apabila satu peranti menghantar, peranti lain hanya boleh menerima.
_ Contoh
– walkie-talkie ~ hanya seorang boleh bercakap pd satu masa.
Full Duplex
_ Juga dikenali sbg “duplex”; komunikasi 4-talian (4-wire communication).
_ Kedua2 stesen boleh menghantar dan menerima isyarat serentak.
_ Ia membenarkan data mengalir dalam mana-mana arah pada masa yg sama.
_ Contoh:
– Telefon ~ 2 orang boleh bercakap dan mendengar pada masa yg sama

Tidak ada komentar:

Posting Komentar